OKTOBER 2023

Sarawak Bina Pusat Penyelidikan Saintifik


KUCHING: Kerajaan Sarawak membina bangunan untuk merangsang kerja penyelidikan saintifik di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antara bangunan terbabit ialah Pusat Sains Sarawak, Pusat Penyakit Berjangkit dan Pusat Penyelidikan Saintifik.

"Pusat Sains Sarawak terletak di sebelah bangunan SESCO berperanan mewujudkan kesedaran mengenai Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)," katanya di majlis makan malam sempena Ulang tahun Kelima Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC), di sini malam tadi.

Premier Sarawak turut menyampaikan beberapa anugerah inovatif kepada lapan penerima.

Antaranya ialah Bright Sparks Innovation & Technology Award kepada Kong Ying Ling daripada St Joseph Private Sch dan Hosmawati Baini (SMK) Semerah Padi, Bright Sparks Science Award dianugerahkan kepada Angela Bong Yan Yan (SMK) Sungai Tapang dan Hadiah Amit (SMK) Batu Lintang.

Sustainable Impact Award dianugerahkan kepada Dr. Tay Keng Kiong daripada TL Borneo S/B, Innovation Vision Award kepada Dr. John Tang daripada Twin Catalyst S/B.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Dato Sri Professor Dr. Sim Kui Hian serta isteri, Menteri Pendidikan, Inovasi, Dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis dan Penasihat (Pendidikan) di Pejabat Premier Sarawak Datuk Amar Michael Manyin Jawong.

Sumber dari : Jiwa Bakti